Monday, May 19, 2008

Kemanakah arah-tuju orang melayu sekarang?

Dimasa ini orang melayu sibuk bercerita tentang politik yang melanda tetapi adakah mereka sedar kemana arah-tuju orang melayu sekarang ini? Apakah sekarang ini kita masih berangan-angan untuk hidup didalam dunia yang sementara ini? Orang sibuk memikirkan kehidupan masing-masing manakala kesan masa depan anak kita masih lagi terumbang-ambing. Banyak contoh yang kita masih belum ambil berat seperti kehidupan liar anak-anak kita sekarang ini. Mereka suka melakukan perkara-perkara yang menimbulkan masalah seperti contoh merempit, berparti dan macam-macam lagi. Adakah para pemimpin kita sedar tentang hal yang sedemikian? Mereka mahu generasi masa depan mengambil contoh apa yang berlaku tetapi tak seorangpun para pemimpin mengambil tahu apa permasalahan golongan remaja ini? Ibubapa juga kena mengambil peranan yang penting menjadikan anak-anak mereka berjaya samada didalam pelajaran dan kehidupan tetapi lupa tentang ajaran agama. Berapa ramai kaum ibubapa mengambil berat tentang pelajaran agama kepada anak-anak mereka? Berapa ramai kaum ibubapa yang mengambil berat tentang kehidupan anak-anak mereka? Siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar dan apa aktiviti anak-anak mereka? Semua itu amat penting bagi masa depan golongan remaja tetapi perlu dikawal oleh ibubapa mereka sendiri. Sekarang sudah ada kes kecurian motosikal yang dilakukan oleh budak-budak sekolah. Lebih mengejutkan pencuri motosikal ini dilakukan oleh budak sekolah rendah yang sudah mahir melakukan aktiviti ini. Apakah ini yang kita mahu kepada golongan remaja sekarang? Malahan ada ibubapa sanggup membawa anak-anak mereka melakukan reformasi berarak dijalan-jalan melaungkan bantahan terhadap kerajaan atau individu. Kesan yang sebegini tidak sesuai bagi anak-anak kita kerana mereka masih lagi belum tahu apa erti perjuangan yang sebenarnya. Saya terpanggil untuk menyuarakan pandangan saya ini kerana masa depan orang melayu masih lagi ditahap yang amat membimbangkan.